Karnival Keluarga 1Malaysia telah kami anjurkan bertempat di Arena Square Kuala Kangsar. Bermula pada petang hari dengan acara padang iaitu perlawanan bolasepak dan tarik tali di stadium mini bersebelahan Arena Square. Pada masa yang sama pertandingan mewarna juga diadakan di Arena Square yang melibatkan kanak-kanak. Pelbagai golongan masyarakat menyertai acara-acara tersebut. Ada juga pertunjukan gasing dan pameran dari pelbagai jabatan. Sebelah malamnya diadakan pertunjukan pentas iaitu tarian, nyanyian dan pertandingan pakaian pengantin dari pelbagai bangsa. Cabutan bertuah juga diadakan dengan hadiahnya adalah basikal. Jamuan makan malam diserikan pula dengan kehadiran Presiden MAYC.
Pengerusi : Ahmad Nasri Manap Timbalan Pengerusi : Mohd Afandi Mohd Ariffin Naib Pengerusi : Mazni Samsudin Setiausaha : Khairul Aznam Ismail Bendahari : Nazrul Hafsham Din AJK : 1. Mohamad Rezza Adanan 2. Zulhairi Faizal Ahmad 3. Fadzullah Zulkafli 4. Mohd Roslan A. Hashim 5. Mohd Rosmizam Yom 6. Anwar Kamal Azman 7. Mohamad Nesrul Mat Daim Pemeriksa Kira-kira : 1. Muhamad Zaki Manap 2. Asnisi Mohd Idris Setiausaha Kerja : Juhari Hj. Itam Ahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan