PPM/PPP 0404-04-4 ; PPBM 1246 / 09
beliaewklk@gmail.com

25 Februari 2012

Kursus Untuk Belia


18 Februari 2012

Gambar Karnival 2

Futsal

Mewarna

JPAM

Tarik Tali



Gambar Karnival 1

Persiapan

AADK / BTN

Gubahan

Derma Darah / Pergigian

Jamuan Rakyat / Penyampaian Hadiah / Cabutan Bertuah

21 Januari 2012

Banner Karnival

16 Januari 2012

KARNIVAL 1MALAYSIA


Borang pertandingan boleh didapati dengan menghubungi nombor yang diberikan dalam poster. Ahli-ahli persatuan diharap menyebarkan poster ini di dalam facebook dan blog masing-masing. Borang disini.

06 Januari 2012

04 Januari 2012

Mesyuarat Agung Tahunan

Mesyuarat Agung Tahunan telah diadakan di Kem Rekreasi Intan Suraya. Pemilihan jawatankuasa yang baru telah dilakukan. Syabas kepada yang telah dipilih, semoga jawatankuasa baru akan memberikan komitmen yang tinggi dalam memajukan persatuan.

2011 : Perkhemahan Jatidiri


Perkhemahan Jatidiri telah dengan jayanya diadakan di Kem Rekreasi Intan Suraya, Sg. Siput. Ahli-ahli persatuan yang terlibat amat berpuashati dengan perkhemahan tersebut. Selama 3 hari 2 malam ianya diadakan.

2011 : Sumbangan MAYANG

Persatuan memdapat sumbangan daripada MAYANG (Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat) Parlimen Sg. Siput yang dipengerusikan oleh Dato' Zulkifli Haron. Terima kasih daripada kami kepada MAYANG dan Majlis Belia Daerah Sg. Siput.

2011 : MAYC


Perjumpaan persatuan-persatuan gabungan MAYC Kawasan Sg.Siput dan Kawasan Kuala Kangsar. Wakil persatuan-persatuan mendapat taklimat ringkas dan sesi soal-jawab dengan wakil MAYC yang hadir.

03 Januari 2012

2011 : Karnival Keluarga 1Malaysia





Karnival Keluarga 1Malaysia telah kami anjurkan bertempat di Arena Square Kuala Kangsar. Bermula pada petang hari dengan acara padang iaitu perlawanan bolasepak dan tarik tali di stadium mini bersebelahan Arena Square. Pada masa yang sama pertandingan mewarna juga diadakan di Arena Square yang melibatkan kanak-kanak. Pelbagai golongan masyarakat menyertai acara-acara tersebut. Ada juga pertunjukan gasing dan pameran dari pelbagai jabatan. Sebelah malamnya diadakan pertunjukan pentas iaitu tarian, nyanyian dan pertandingan pakaian pengantin dari pelbagai bangsa. Cabutan bertuah juga diadakan dengan hadiahnya adalah basikal. Jamuan makan malam diserikan pula dengan kehadiran Presiden MAYC.

2010 : Kelab Silat Tempur Olahraga





Sebuah lagi kelab yang bernaung di bawah persatuan telah berjaya mendidik belia dan beliawanis persatuan untuk mempelajari seni mempertahankan diri. Sambutan masyarakat amat menggalakkan.

2009 : Pertandingan Sepak Takraw



Sepanjang tahun 2009, Kelab Takraw Kota Lama Kanan sebuah kelab naungan persatuan telah mengadakan 2 pertandingan sepak takraw bagi mencungkil bakat ahli-ahli kelab bagi mewakili persatuan di peringkat seterusnya.

2009 : Menerima bantuan


Menerima bantuan untuk persatuan di dewan Rumah Rehat Lenggong.

02 Januari 2012

2009 : Kursus Organisasi


Kursus anjuran Majlis Belia Daerah Sg. Siput telah diadakan di Langkawi bagi memperkenalkan pengurusan organisasi kepada persatuan-persatuan belia di daerah Sg.Siput.

2009 : Futsal



Pertandingan futsal oleh Majlis Belia Daerah Sg.Siput bertempat di Kompleks Belia. Persatuan telah menghantar satu team futsal dari Kelab Bola Sepak Kota Lama Kanan bagi menerima cabaran.

2008 : Rumah Terbuka





Bertempat di rumah Pengerusi, En. Ahmad Nasri, telah diadakan Rumah Terbuka Persatuan Belia Era Wawasan. Jemputan yang hadir ialah Dato' Zazlan, YB Dato Ahmad, Tn. Hj. Nori dan En. Ali bersama pimpinan MAYC Kawasan Sg. Siput. Ahli-ahli persatuan dan jemputan menikmati beberapa hidangan makanan yang telah disediakan. Tujuan ianya diadakan adalah untuk mempereratkan hubungan antara pimpinan setempat dengan ahli-ahli persatuan.

2008 : Kelas Pengajian



Kelas yang diadakan di Surau Falahiah ini dikelolakan oleh ahli persatuan. Kelas pengajian tersebut merangkumi Kelas Tajwid, Bahasa Arab dan Jawi.