PPM/PPP 0404-04-4 ; PPBM 1246 / 09
beliaewklk@gmail.com

03 Januari 2012

2011 : Karnival Keluarga 1Malaysia





Karnival Keluarga 1Malaysia telah kami anjurkan bertempat di Arena Square Kuala Kangsar. Bermula pada petang hari dengan acara padang iaitu perlawanan bolasepak dan tarik tali di stadium mini bersebelahan Arena Square. Pada masa yang sama pertandingan mewarna juga diadakan di Arena Square yang melibatkan kanak-kanak. Pelbagai golongan masyarakat menyertai acara-acara tersebut. Ada juga pertunjukan gasing dan pameran dari pelbagai jabatan. Sebelah malamnya diadakan pertunjukan pentas iaitu tarian, nyanyian dan pertandingan pakaian pengantin dari pelbagai bangsa. Cabutan bertuah juga diadakan dengan hadiahnya adalah basikal. Jamuan makan malam diserikan pula dengan kehadiran Presiden MAYC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan